Januari 2008


         Seperti biasa, aku sentiasa sibuk terkejar-kejar menyelesaikan tugas harian. Setiap hari ada saja perkara baru yang wujud dan perlu diselesaikan dengan kadar yang segera. Belum habis selesaikan 1 hal, sudah disorongkan 1 tugas yang lain. kadang-kadang terlintas pulak nak jadi mcm raksasa ultraman, ada banyak tangan. So, boleh buat banyak perkara hahahahaha..

         Seperti mana prinsip hidupku, aku tak suka orang tertunggu-tunggu. Aku maksudkan,  Jangan disebabkan tindakanku, kerja orang lain pulak terbengkalai…. Itulah pelajaran moral yang pertama dalam blog ini. Bukan apa, banyak pengalaman-pengalaman silam (nanti aku up-load cerita-cerita tue dalam next post, as i still new in diz arena …ahakz!) membuatkan aku begitu berhati-hati dlm mjalankan tugas.

         Setiap hari, ntah berapa kali la aku terpaksa pergi mengadap bos besar. Aku jumpa pun bukan kerana aku minat gila kat dia. Oh tidak sama sekali ye anak-anak!. Tiap-tiap pagi,  beberapa detik selepas pukul 8, telefon di bilikku pasti berdering… Ya, mestinya panggilan itu dari si abang manes di bilik pengarah. Huhhhhh.. belum sempat tarik nafas lega  dan meluruskan pinggang dari mengejar punch card….. dah pulak kena panggil…. pasrah je lah.  Oh ya, lupa nak mention, bos aku nie bukan warga Malaysia. Beliau dari sebuah negara ke-3 dimana penduduknya berasak2 dan bersaing hebat untuk survive.

       For my experiences last 3 years ago, i used to worked together with foreigner  who was sooooo fussy… itu tak kena ..ini tak kena… yang penting dia nak semua perfect… ingat orang buat keje nie robot ka… tapi aku tabahkan jer… iyelah.. orang cari makan kenalah redha apa yang dipertanggungjawabkan.

       Payah nak deal ngan bos aku nie.. maklum la orang cerewet dan tambahan pulak dia nie sangat teliti. Tak boleh tengok sedikit kecacatan terus dia reject apa-apa la yang dia tak berkenan di hati. Satu lagi favourite habit bos aku nie dia suka betul blacklist orang. Contohnya, kalau supplier tue buat kesalahan kecil (tak dapat buka softcopy brochure tapi tak inform awal-awal) terus dia suruh aku cari company lain. Lecehnya, aku kena start from ‘zero’ la balik dengan editing and everything….. kesian jugak aku tengok company yang lama tue, balik-balik telefon dan merayu nak buat kerja tu.. tapi apa aku boleh buat. Setiap kali company lama tue call, serba salah dibuatnya.

          Tapi, kadang-kadang terlintas di hati, padan muka company tue jugak. Sapa suruh dorang tak beri commitment yang tinggi pada kerja. Dalam berbisnes nie kita kena berasak-asak dan bersaing hebat dengan company-company yang lain. Setelah kerja nie bereeh, i realised that i agreed with my boss’s action. We’re costomer and always be right. So, if they want our money, they need to obey our command!. Tapi biasa lah kita sebagai orang Malaysia yang dididik dengan sopan santun kadang kala rasa tak sampai hati nak mengecewakan orang lebih-lebih lagi bab-bab duit(rezeki)….Hehehehehe…..

        “Tika sang bayu bertiup, mendesak ombak berlari ke pantai. Begitulah lumrah alam yang persis berlaku dalam kehidupan kita. Sesungguhnya manusia itu terpaksa akur dengan ketentuan-Nya. Jesteru itu, wahai umat manusia, janganlah terlalu obses berserah pada takdir semata-mata. Selagi nyawa dikandung badan, selagi ada qudrat dan keazaman, kentalkan lah semangat wahai homo sapiens untuk berusaha dan berdoa agar mendapat yang terbaik dalam hidup kamu. Meskipun ombak akhirnya terhempas ke pantai menjadi DESIRAN PANTAI, ia dapat melahirkan alunan  melodi penghibur sang pelaut di kala berjuang dan begelumang dgn samudera biru. Walaupun Ombak terpaksa akur mghempas ke pantai,  namum ia tetap dapat membentuk pantai walaupun dalam jangka masa yg lama.”