Go to fullsize imageSudah lama tidak meluangkan masa dan meluahkan rasa dalam blog ini. Kesian sungguh blog ini setelah hampir-hampir dua bulan tidak di jenguk oleh cik punya blog. Meh sini, beta datang mewarnaimu wahai blogku sayang!

*************************************

Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya cita-cita saya tercapai jua! Bukan sekadar cita-cita saya tercapai malahan cita-cita keluarga terutamanya abah begitu mengharap saya untuk menjawat jawatan tersebut sejak saya mula menjejakkan kaki ke Universiti ini.

******

Mula mendengar hasrat dan harapan tinggi abah terhadap masa depan kerjaya saya, tidaklah saya ambil kisah sangat. Masa tu saya masih gila-gila remaja lagi. Malas nak fikir pasal kerjaya dengan lebih serius. Setelah tamat belajar, saya mencuba pelbagai peluang pekerjaan yang sesuai dengan Ijazah yang saya perolehi. Malangnya, amat sukar sekali untuk mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang Sains Marin walaupun Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan keindahan bumi marin.

Hampir setahun duduk di rumah dengan menghabiskan beras mak bapak, saya pun mengambil keputusan untuk sambung belajar lagi. Yelah, nak buat apa lagi? Pohon KPLI pun bukannya pandai dapat pun walaupun dipohon berulang-ulang kali. Nak jadi cikgu pun, mana lah ada subjek sains marin yang akan diajar di sekolah nanti. Maka, sebab itulah mungkin rezeki saya bukan untuk menjadi seorang cikgu walaupun saya minat gila nak jadi cikgu sejak kecil-kecil lagi. (Masa kecik-kecik dulu selalu main cikgu-cikgu lepas balik sekolah!)

Keputusan saya nekad untuk sambung belajar walaupun tidak dapat biasiswa. Di perjalanan menghabiskan master, pelbagai onak dan duri telah saya lalui. Dengan masalah supervisor, masalah kawan seperjuangan dan masalah house-mate membuatkan saya tiada hati untuk bertahan lama di universiti ini. Saya cekalkan hati untuk menyiapkan tesis master dan berhasrat untuk menimba pengalaman di tempat lain. Setelah menghantar tesis, saya bercadang untuk berehat saja di kampung halaman sementara menunggu viva. Saya ingin meluangkan masa bersama keluarga setelah setahun lebih belajar. Lagipun, saya ingin keluar daripada perselisihan faham di antara supervisor-supervisor during my study periods.

Pada mulanya, main supervisor saya setuju dengan plan saya untuk balik ke kampung. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang sudah saya rencanakan setibanya saya di rumah nanti di antaranya yang paling saya suka ialah tanam bunga. Hu yeah!!!Go to fullsize image

Taman bunga idaman saya bergendala setelah supervisor saya menyuruh saya menyiapkan manuscript penyelidikan. Bengangnya!!! paling saya tidak bersemangat setelah pelbagai aktiviti telah disusun tetiba terhalang. Rasanya seperti cinta terhalang. Ha ha ha…. Tekanan betul! Setelah manuscript tersebut selesai disiapkan, belum sempat nak packing barang untuk balik rumah, 2nd supervisor saya telah menawarkan kerja sebagai research assistant (RA) EIA di institut. Maka, niat untuk meninggalkan universiti ditolak ke tepi dulu. Setelah bekerja hampir setengah tahun, kontrak sebagai RA pun tamat. Apa lagi nak ditunggu, inilah peluang yang telah lama kutunggu. Tak tahan dah dengan masalah housemate-ku, dalam pertengahan bulan November, hasratku untuk angkat kaki dari universiti terlaksana jua akhirnya. Here i come… my taman bunga.

Go to fullsize image

Saya menghabiskan masa pada minggu pertama untuk berehat saja di rumah. Tengok TV, tidur, masak-masak dan makan – makan. Minggu kedua baru bercadang nak mula menanam bunga dan memperbaiki taman bunga yang telah saya tinggalkan setahun setengah yang dulu. Belum masuk minggu kedua berada di rumah, saya mendapat panggilan telefon daripada pengarah institut di universiti dengan utusan menawarkan kerja sebagai sekretariat simposium. Hmmmmmmm…. bagaimanakah nasib taman bunga impianku…. huhuhuhuhu

Nampaknya taman bunga impianku tinggal impian semata-mata. Minggu depan telah bermula episod hidupku sebagai seorang pendidik di universiti sudah pasti amat sukar untuk saya merealisasikan impian taman bunga di kampung halaman. Sekarang tinggal kat apartment. Jiran bawah pun tak sporting, bila kita siram bunga pun naik angin. Buat masa ni, minat menanam bunga dipendamkan dahulu disebabkan dalam sebulan dua ni nak pindah rumah lagi (same apartment but with nice view and senang nak menyeksi Hahahaha… sebab tingkat paling atas tu!)

Pengajaran 1:
Kalau rezeki memang di institut, lari macam mana pun tetap akan dipanggil. Begitu juga dengan jodoh, kalau seseorang tu telah tercatat di arash milik kita, lari kemana pun orang tu tetap akan jumpa jua !

Pengajaran 2:
Jangan terlalu plan-minded. Tak dapat tercapai merana hati…. bad habit yang saya perlu kikis!
(Tak salah merancang, tapi jangan terlalu mengharap tinggi menggunung). Bak kata orang “Tinggi-tinggi gunung kinabalu, Tinggi lagi sayang pada kamu!”.. Tetiba pulak….

Pelangi…..

Pelangi dalam kesibukan pagi

Pelangi dalam kesibukan pagi

Melihat pada pelangi mengingatkan aku tentang dia.  Si dia yang telah banyak mengubah corak kehidupanku dengan lebih bermakna. Dia telah membuat mengajar aku erti sebuah kehidupan di mana kita perlu berusaha selagi mampu dan dia juga mengajar  aku untuk banyak-banyak bersabar.

*******

Di awal perkenalan, dia sangat terkenal dengan sikap bengis dan tiada tolak ansur. Dia juga sangat tegas dalam membuat keputusan. Bekerja dengannya membuatkan aku selalu berlari-lari mengejar masa. Selama ini aku hidup dengan memperlekeh-lekehkan masa. Aku terlalu mementingkan keselesaan diri tanpa menitik beratkan tentang masa. Ya, dalam masa yang sama, aku telah mengkhianati diri sendiri tanpa disedari.

*****

Sejak awal lagi dia telah menguji kesabaranku. Dia telah memberi pelbagai tanggungjawab kerja yang berat lagi maha susah (memandangkan aku baru saja berjinak-jinak dalam arena penyelidikan) dalam masa yang singkat untuk disiapkan. Setiap awal pagi, aku dihantui dengan panggilan telefon darinya. Lambat beberapa minit sahaja, nescaya aku dimarahinya. Pantang dia melihat sedikit kesalahan atau kesilapanku, baginya itulah dosa besar yang tidak dapat dimaafkan oleh sesiapapun.

******

Pelangi mencecah permukaan laut

Pelangi mencecah permukaan laut

Tahap kesabaran manusia ada hadnya, begitu juga aku yang cuma insan naif. Mungkin tahap kesabaranku juga amat rendah dibandingkan dengan insan lain. Aku yang lahir dari keluarga yang besar dan dilimpahi kasih sayang oleh kedua orang tuaku dan adik-beradik yang lain membuatkan aku menjadi insan yang manja (ada kalinya aku terlalu bergantung dengan keputusan keluarga!). Dengan kata lain, aku tidak pandai berdikari. Aku sering di beri perhatian oleh abang-abang dan kakak -kakak menjadikan aku begitu alpa tentang pahit getir kehidupan sebenar.

Latar belakang kehidupanku menjadikan aku seorang yang sangat fragile.  Aku yakin inilah takdir tuhan, aku ditemukan dengannya agar aku menjadi manusia yang lebih tabah menempuhi warna-warni kehidupan. Setiap hari aku terpaksa berhadapan dengan karenah dan corak (style) kerjanya dari 7 pagi hingga 7 malam. Kadang- kadang (most of the time) ada  overtime lagi. Walaupun aku tidak memperolehi menerima sebarang bayaran terhadap kerja-kerja tersebut tetapi aku redha kerana memang itulah tanggungjawab sebagai seorang student terhadap penyelidikannnya. Tambahan lagi, aku tidak menerima sebarang biasiswa untuk sara diri pada ketika itu.

Tidak cukup dengan kerja lebih masa aku sering dimarahi kerana lambat sangat (bagi dia) menyelesaikan tugasan. Bukan aku tidak serious terhadap kerja tersebut tetapi permintaannya seperti aku ini sebuah mesin / komputer yang tidak tahu erti penat (Ya, komputer pun ada masanya down jika terlalu dikerah).  Aku telah berusaha mati- matian terhadap kerja tersebut tetapi dia sering tidak puas hati. Dia sentiasa mahu yang terbaik dariku. Tapi bagaimana jika setiap kesilapanku dibalas dengan herdikan. (Come on la! i am not a little girl anymore, i have my dignity. Why should he need to expressed his anger to me for simple reasons which i am in learning process to understand that field – research).  Sampai satu ketika, aku hilang sabar, kerja menyiapkan tesis dipanjangkan sampai ke tengah malam dan hujung minggu. (Oh ya, kami tidak berdua-duan ye, kami sering bertiga (aku, dia dan seorang abang PhD).  Dia sanggup mengambilku dari hostel untuk di bawa ke institut! – memandangkan bas tiada beroperasi sampai tengah malam dan hujung minggu. Makin lama, aku makin selalu ditekan. Tambahan lagi aku mempunyai masalah (biarlah ianya rahsia!) dengan penyelia-penyelia yang lain. Keletihan dan kelesuan membuatkan emosiku tidak stabil dan tidak dapat membuat pertimbangan yang rasional. Aku hampir give up on my research!. Selama ini, setiap kali dimarahi, aku simpan dalam hati (banyak-banyak bersabar). Tapi kali ini, aku sudah tidak dapat bersabar lagi. Setelah keluar dari sesi perbincangan yang penuh dengan adegan herdik dan marah, aku keluar dan menangis. Ketika itu, aku tidak sanggup lagi berhadapan dengannya. dia menghubungiku melalui telefon tapi aku tidak menjawab. Aku sudah tidak tahan lagi dengan corak pemerintahannya yang bercirikan kuku besi.

Aku mengadu pada seorang abang (Student phD) tentang masalah tersebut. Pada ketika itulah, buat pertama kalinya aku menangis (sampai tak dapat berkata-kata) di depan lelaki. Aku memilih abang tersebut kerana aku tahu dia memang rapat dengan penyeliaku (ye lah, dah dari satu negara yang sama). Tambahan pula abang tersebut sebaya dengan umur penyeliaku. Selepas tragedi tersebut, abang tersebut menjadi orang tengah untuk penyeliaku mengetahui tentang perkembangan tesisku. Seminggu kemudian barulah dia berani bersua denganku. Dia berkata denganku, ‘there is a rainbow behind the darkness’ .. begitulah bunyinya!…

*****

Setelah selesai menyiapkan tesis, aku sangka ceritera ini akan berkesudahan yang indah. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari (eh, gitu ka bunyinya pepatah tu.. ah, lantaklah). Di kala menanti saat-saat viva (oral test) –  seminggu sebelum viva (viva eve… ha ha ha), kedua-dua penyelia bersama (2nd and 3rd supervisor) baru lah pulak nak campur tangan, kononnya tesisku tiada kualiti dan akan memalukan institut kami!. Wah, wah wah… sedapnya mulut berkata-kata, bukan kah selama ini mereka tidak pernah ambil tahu tentang penyelidikanku malahan menggunakan aku untuk menyiapkan kerja-kerja mereka. Pada masa itulah, dia menjadi penguat bagiku, dia sering memotivasikan ku untuk aku tabah. Ya, dia jugak melaporkan kepada Pengarah atas kecaman yang telah aku hadapi dari kedua-dua penyeliaku (sebenarnya aku takut nak besar-besarkan hal ni). Dengan kuasa Tuhan, tesisku mendapat pujian daripada pemeriksa dan pemeriksa tersebut mengelarku “superwoman” coz i had done a lot of things!, dalam hatiku berkata “ya, coz i was supervised by a superman!”

The Sweet part yang aku suka, dia panik jika mataku mengeluarkan air mata walaupun sebenarnya air tersebut kesan daripada wuduk! he he he… nampaknya dia pun takut aku meratap sekali lagi! Dia juga pernah cakap. “if you have problem, just call me although 3 a.m in the morning“. Jangan salah sangka, kami tiada affair ok! Dia dah berkahwin (walaupun belum, saya tidak akan berbuat demikian) coz i really-really RESPECT to all my teacher!

Finally, i had finished my study and he had came back home in Canada. Dia tak sempat pun tengok aku ambil skrol buat kali kedua. Baru lah aku tahu selama ini, dia begitu mengambil berat tentangku, mengubah perspektif kerja ku dan yang penting sekali mengajar aku tentang erti pentingnya masa. Aku sangat terhutang budi dengannya. Atas tunjuk ajarnya, aku sekarang lebih bersungguh-sungguh, lebih tabah dari dulu and never give up! coz i always remember,there is a rainbow behind the darkness’ ………………………….

 

Pandangan pelangi dari salah satu sudut institut... This rainbow i dedicated to you, Sir! Thank you...

Pandangan pelangi dari salah satu sudut institut... This rainbow i dedicated to you, Sir! Thank you...

 

“kadang kala aku takut

takut pada hari esok

bila impian  tinggal mimpi-mimpi

mimpi-mimpi indah yang selama ini 

menjadi penguat untuk aku bangun

mimpi-mimpi yang membuat aku

bisa terbang mengejar cita-cita…………….”

“Wahai tuhan kuatkan lah aku

berdepan dengan apa sekalipun takdir

Sesungguhnya Engkau lebih tahu

apa yang terbaik untukku……………..”

                                                                                                        300608 – Dihamameha

1 minit yang lalu, apa anda buat.
Baca email.

1 hari yang lalu, apa anda buat.
Prepare for my ielts exam

1 hari lagi apa anda akan buat.
nak p  shopping dengan hana…. dah lama x kuar beronggeng dgn dia….hahahahaha

1 orang yang terakhir menelefon kamu.
Rem

1 makanan yang baru dibeli.
Kuih kertas… tp org kat sini panggil kuih lidah… (bentuk macam lidah hahahaha…)

1 barang yang baru hilang.
My international passport misplace….. mcm mana nk p oversea nie nnt! huhuhuhu penat suda cari!

1 cerita yang baru ditonton.
Drama Ezora sebab one of actor looks like my ‘crush’ opps!………

1 hal terakhir yang digossipkan.
Gosip psl org yg taksub nak bercinta …. my fren hailed it as “sindrom INTAN”

1 kata yang ingin diluahkan.
Saya nak sambung blajar lagi……. Harap biasiswa tu approve! Amin……

1 buku yang sudah dibaca.
Baru pas baca sang Pemimpi (Andrea Hirata) — terjangkit dari Sindrom Indon Hana….  sekarang kena baca article BI jer utk test IELTS….

1 penyakit yang sering datang.
Cepat Risau… kadang -kadang benda yang simple pun risau….. (nak buang negative habit nie!)

1 keinginan.
Nak p oversea…. nak luaskan pandangan dan pengalaman…

p/s – Hari ni mengantuk teramat sangat… semlm tdo jak 3 pagi… ingat nak half day (itu pun kalau boss bagi… huhuhuhuhu)

Pagi ni, saya terbaca blog seorang teman mengenai cemburu. Cemburu ada dua macam iaitu cemburu yang positif (membawa kebaikan dan dapat menjana motivasi diri) dan cemburu negatif (biasanya lahir dari manusia yang mengalami masalah hati.. busuk hati ataupun gelap hati.

Berbicara tentang cemburu  mengingatkan saya kepada salah seorang adik perempuan abah.  Cemburu sudah sebati dalam hidup beliau yang di kenali sebagai makcik gaban.  Mak cik gaban berumur sekitar awal 40-an, seorang surirumah yang telah berkahwin lebih 15 tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki. Mesti anda tertanya-tanya kenapa saya mengelar beliau gaban…. sebabnya beliau suka sangat nak jadi hero! dia sorang jer yang paling baik, paling rajin, paling prihatin…. orang lain x boleh menandingi sifat-sifat terpujinya.

Salah satu bad attitude beliau adalah suka melaga-lagakan di kalangan adik beradik, antara sepupu – sepupu dan sahabat handai. Entah apa jugak la masalah beliau sampai hati tergamak melakukan perbuatan keji sedemikian.  Agaknya dah tak de kerja sangat kot sehingga beliau mengambil keputusan untuk menceburi arena dengki mendengki dan busuk hati demi mengisi masa lapang.

Kalau nak diungkit cerita lama, banyak benda dan perkara yang beliau lakukan terhadap keluarga kami yang boleh membuatkan saya dan adik beradik yang lain boleh naik berang (kak long selalu cakap ” belum datang setanku, kalau datang abis dorang!). Kalau ikutkan darah muda, sudah lama kami flying kick ala ultraman  tak pun smackdown ala-ala gusti. Syukur kerana kami semua dididik oleh mak dan abah dengan ajaran agama secukupnya terutamanya adab dengan orang tua.

Straight to the story, mak cik gaban selalu sangat nak cari keaiban keluarga kami. Ya, drama ini bermula dari dulu lagi sejak abah berkahwin dengan mak yang berasal dari Malaya. Dolu-dolu orang Sabah sangat benci dengan orang malaya… Maka, mak bukanlah menantu favourite family abah. Jadi, abah menjadi “black sheep of the family” dan keluarga kami pun tersisih walaupun kami hidup berjiran. Ditambah pula abah dan emak dikurniakan 11 orang anak yang kacak-kacak dan lawa-lawa (perasannya!, yelah sapa nak puji… keluarga kami sudah penat di pandang rendah!). Hanya abah yang kerja, so, bayangkan macam mana susahnya kami dulu. Dengan kuasa Allah, kami tak pernah kebuluran malahan rezeki datang tak putus-putus.

Walaupun kami ramai, tapi mak dan abah didik berjaya mendidik kami jadi orang yang beradab. Jika di bandingkan dengan sedara-sedara yang sebaya dengan kami. Kalau ada majlis perkahwinan ataupun kenduri kendara family yang kami hadiri, kami perlu jaga etika, kalau salah sikit… abislah… balik rumah pasti dapat habuan dari mak (biasanya kena suruh berdiri sebelah kaki, kena cubit etc sambil kuliah moral selama berjam-jam)… bukan sehari saja diceramah… tak silap macam berhari-hari jugak la kesalahan itu diungkit balik -balik…. arrrrrghhh tension siot!.

Pernah satu hari kami pergi majis perkahwinan keluarga. Tak silap, masa tu saya darjah 2 kot) seperti biasa, we have to behave, ok! Otherwise,…. jeng x3.. tunggu di rumah… siap! On that event, some of my naugthy cousins, berlari-lari dia atas rumah sambil buat kacau. Memandangkan ramai budak yang nakal ketika itu, ramai yang tidak dapat mengecam anak sapa lah yang buat dajal….

Apa lagi, inilah masanya makcik gaban bertukar menjadi gaban….. beliau pun cakap di hadapan para tetamu, “alah anak si Jaffar ba tu….eee… tue la dorang, pandai beranak jak tapi tak pandai jaga anak sampai masuk dalam talam” fuuuuuuuuuuhhhhhhhhhh……. berapi telinga abah dengar kami dituduh macam tu sedangkan kami duduk senyap-senyap. On the spot, abah bawa kami pulang. Abah jenis tak suka gaduh. Biarlah apa orang cakap. Tabik spring dengan abah! (tahap sabar abah impressed me much). Sejak dari itu, kami sudah jarang-jarang pergi ke majlis. Hanya abah dan mak saja. Kalau di tanya, kenapa tak bawa anak, abah menjawab sinis sambil tersenyum “nanti anakku masuk dalam talam pulak”.

Begitulah ceritanya kenkawan, tentang seorang hamba Allah yang sanggup menjatuhkan keluarga sendiri. Sedangkan keluarga sendiri boleh buat macam tu, apatah lagi orang luar. Tetapi kadang-kadang orang luar lebih baik dari family sendiri. Terpulang dengan situasi dan keadaan.

p/s – Ustaz saya pesan, kalau nak merawat penyakit hati (gelap hati / busuk hati) banyakkan selawat dan rajin-rajin la cuci toilet! 🙂

Wah.. wah.. wah… genap 4 bulan saya tinggalkan arena “blog”…. banyak hal-hal duniawi yang perlu diselesaikan sehingga tidak ada masa untuk beriadah di alam maya… i hope after this, i will spend more my leisure time here….

Sepanjang 4 bulan nie… saya mengabdikan diri dengan tugas-tugas harian… sepanjang masa tersebut jugak la i have no weekends at all…. (bayangkan my world only my work!)  Walaupun pada mulanya bengang jugak dengan my boss tapi bila sampai satu peringkat, benda tu dah sebati dalam kehidupan harian saya.  Hari – hari rasanya nak pergi office… 24 jam dok pikir pasal kerja…   Memang penat  but i have no choice! Only in my mind… i want the event prefect, so i have to strive for it… yeah guys.. as our motto “Strive to Excel!”

Setelah hari yang ditunggu-tunggu tiba, Alhamdulillah…. semuanya berjalan lancar. Terasa sangat berbaloi dengan usaha dan masa yang diluangkan selama ini . Terasa lega sangat-sangat. Walaupun disebalik kejayaan tersebut, di hati kecil saya ….. i felt empty… i have no life during that periods. Kerja, kerja, kerja…..  What we are begging for in this life, actually?

Setiap orang akan beri pendapat yang berbeza mengikut personaliti masing-masing.  Yang penting kita perlu pandai bahagikan masa demi kebahagiaan kita di hari kemudian. Waktu zaman muda lah masa yang berapi- api untuk mengejar impian kita tetapi jangan sampai tergadai!

(p/s – Masalahnya, saya ni macam ketagihan buat kerja-kerja office lah pulak!… hahhahahahaha….)

hmmmmmmmmmm…. Alhamdulillah….baru lapang fikiran hari nie.. Sejak beberapa hari nie fikiranku serabut dan sakit kepala seperti sedang menjunjung batu bata di atas kepala. Emosi jugak terganggu… Kekacauan dan keributan hidup harian sejak kebelakangan ini disebabkan nak buat preparation utk meeting td pagi… Lerrrrrrrr…. meting besar jer pun dah kalut…. Meting tue tak la besar sangat sampai menteri Jabatan Kerja Raya yg perlu attend…. Ya, org-org d luar sana boleh la cakap apa pun, tp aku jugak yang tanggung semua ini. Sebab bos ku itu lebih darsyat dari menteri tersebut…. nak ikutkan hati, maleh ler nk buang masa mengutuk tulis psl bos. Tak de paedah nye… bukan dapat apa pun cuma kepuasan perasaan dalaman jer.. Hahahahaha…… At least sedikit sebanyak dapat ler release sikit tension…

Eh, its already 15 min pas 5pm, baru jer bos aku call… ingat nk balik awal arini… tp dah lama aku tak update blog nie. So ingat nak spend time kejap kat opis buang masa. Ada-ada saja abg manes ini.

Kelmarin Isnin, aku disembur habis-habisan oleh Homo sapien yg bergelar pengarah…. Aaaaaaaaarrrgh….. tertekannya jiwa dan raga… ada ker patut mamat tue cakap aku tak buat keje dan tidak commited & responsible dgn keje…. tergamaknya dia mgeluarkan kata-kata tersebut.. luluh hatiku…hahahahah… setelah sekian lama aku bersungguh-sungguh buat keje.. itu di cakapnya…. siap hint-hint nk fired aku lg…. bukannya besar sangat pun kesalahan aku… cuma tak datang buat keje time cuti raya cina jer… b4 cuti aritu, dia tanya aku samada aku bt keje ke during the holiday.. so, aku pun jawab la yer… byk lg keje nak buat.. lgpun setiap hari ada jer org hantar abstrack… so kena download n arrange everything and so on… Rupa-rupanya dia dok tunggu aku time cuti tue kat opis tp aku buat keje kat umah…. maleh ler nak p opis…. x best sbb klu nak p toilet jauh nk jalan…. Hehehhehehe

Perkara kecik pun nk dibesar-besarkan… bukan aku x bt keje … cuma bkn bt keje d opis la… tue jer…. Di umah pun aku tensen buat keje.. abis suma org aku cr pasal… sian kat bf aku, slalunya klu aku tekanan tak semena-mena dia lah jadi mangsa… Im soooo sooory sayang… i know…. i have to change this bad habit…. but i need time n motivated myself! i am trying start from this moment… Insyaálah…

Dipendekkan crita, kadang-kadang terasa pulak aku nie sama spesis macam bos aku… cepat sangat kalut dgn hal-hal remeh….. Sometimes Allah temukan kita dgn orang yg mcm kita utk kita lihat sendiri perangai kita… utk kita sedar kadang-kadang tindakan kita dapat myakitkan hati org secara sengaja atau x sengaja…. mak selalu pesan, kalau kita buat jahat sekali dgn org, kita akan dpt balasan 70 kali…. mak aiii… takut la plak…

Kesimpulannya, kita bukan malaikat. Hanya hamba Allah yg sering kali buat kesalahan dan kesilapan…  Memang susah utk berubah tetapi sekurang-kurangnya ada sedikit keazaman utk berubah dan Sedar diri… Bak kata pepatah… sikit-sikit lama-lama jadi bukit…