Sudah lama tidak meluangkan masa dan meluahkan rasa dalam blog ini. Kesian sungguh blog ini setelah hampir-hampir dua bulan tidak di jenguk oleh cik punya blog. Meh sini, beta datang mewarnaimu wahai blogku sayang!
*************************************
Syukur ke hadrat Ilahi, akhirnya cita-cita saya tercapai jua! Bukan sekadar cita-cita saya tercapai malahan cita-cita keluarga terutamanya abah begitu mengharap saya untuk menjawat jawatan tersebut sejak saya mula menjejakkan kaki ke Universiti ini.
******
Mula mendengar hasrat dan harapan tinggi abah terhadap masa depan kerjaya saya, tidaklah saya ambil kisah sangat. Masa tu saya masih gila-gila remaja lagi. Malas nak fikir pasal kerjaya dengan lebih serius. Setelah tamat belajar, saya mencuba pelbagai peluang pekerjaan yang sesuai dengan Ijazah yang saya perolehi. Malangnya, amat sukar sekali untuk mendapat tawaran pekerjaan dalam bidang Sains Marin walaupun Sabah merupakan negeri yang terkenal dengan keindahan bumi marin.
Hampir setahun duduk di rumah dengan menghabiskan beras mak bapak, saya pun mengambil keputusan untuk sambung belajar lagi. Yelah, nak buat apa lagi? Pohon KPLI pun bukannya pandai dapat pun walaupun dipohon berulang-ulang kali. Nak jadi cikgu pun, mana lah ada subjek sains marin yang akan diajar di sekolah nanti. Maka, sebab itulah mungkin rezeki saya bukan untuk menjadi seorang cikgu walaupun saya minat gila nak jadi cikgu sejak kecil-kecil lagi. (Masa kecik-kecik dulu selalu main cikgu-cikgu lepas balik sekolah!)
Keputusan saya nekad untuk sambung belajar walaupun tidak dapat biasiswa. Di perjalanan menghabiskan master, pelbagai onak dan duri telah saya lalui. Dengan masalah supervisor, masalah kawan seperjuangan dan masalah house-mate membuatkan saya tiada hati untuk bertahan lama di universiti ini. Saya cekalkan hati untuk menyiapkan tesis master dan berhasrat untuk menimba pengalaman di tempat lain. Setelah menghantar tesis, saya bercadang untuk berehat saja di kampung halaman sementara menunggu viva. Saya ingin meluangkan masa bersama keluarga setelah setahun lebih belajar. Lagipun, saya ingin keluar daripada perselisihan faham di antara supervisor-supervisor during my study periods.
Pada mulanya, main supervisor saya setuju dengan plan saya untuk balik ke kampung. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang sudah saya rencanakan setibanya saya di rumah nanti di antaranya yang paling saya suka ialah tanam bunga. Hu yeah!!!
Taman bunga idaman saya bergendala setelah supervisor saya menyuruh saya menyiapkan manuscript penyelidikan. Bengangnya!!! paling saya tidak bersemangat setelah pelbagai aktiviti telah disusun tetiba terhalang. Rasanya seperti cinta terhalang. Ha ha ha…. Tekanan betul! Setelah manuscript tersebut selesai disiapkan, belum sempat nak packing barang untuk balik rumah, 2nd supervisor saya telah menawarkan kerja sebagai research assistant (RA) EIA di institut. Maka, niat untuk meninggalkan universiti ditolak ke tepi dulu. Setelah bekerja hampir setengah tahun, kontrak sebagai RA pun tamat. Apa lagi nak ditunggu, inilah peluang yang telah lama kutunggu. Tak tahan dah dengan masalah housemate-ku, dalam pertengahan bulan November, hasratku untuk angkat kaki dari universiti terlaksana jua akhirnya. Here i come… my taman bunga.
Saya menghabiskan masa pada minggu pertama untuk berehat saja di rumah. Tengok TV, tidur, masak-masak dan makan – makan. Minggu kedua baru bercadang nak mula menanam bunga dan memperbaiki taman bunga yang telah saya tinggalkan setahun setengah yang dulu. Belum masuk minggu kedua berada di rumah, saya mendapat panggilan telefon daripada pengarah institut di universiti dengan utusan menawarkan kerja sebagai sekretariat simposium. Hmmmmmmm…. bagaimanakah nasib taman bunga impianku…. huhuhuhuhu
Nampaknya taman bunga impianku tinggal impian semata-mata. Minggu depan telah bermula episod hidupku sebagai seorang pendidik di universiti sudah pasti amat sukar untuk saya merealisasikan impian taman bunga di kampung halaman. Sekarang tinggal kat apartment. Jiran bawah pun tak sporting, bila kita siram bunga pun naik angin. Buat masa ni, minat menanam bunga dipendamkan dahulu disebabkan dalam sebulan dua ni nak pindah rumah lagi (same apartment but with nice view and senang nak menyeksi Hahahaha… sebab tingkat paling atas tu!)
Pengajaran 1:
Kalau rezeki memang di institut, lari macam mana pun tetap akan dipanggil. Begitu juga dengan jodoh, kalau seseorang tu telah tercatat di arash milik kita, lari kemana pun orang tu tetap akan jumpa jua !
Pengajaran 2:
Jangan terlalu plan-minded. Tak dapat tercapai merana hati…. bad habit yang saya perlu kikis!
(Tak salah merancang, tapi jangan terlalu mengharap tinggi menggunung). Bak kata orang “Tinggi-tinggi gunung kinabalu, Tinggi lagi sayang pada kamu!”.. Tetiba pulak….


